Hungary di Sukan Olimpik
Hungary di Sukan Olimpik

Hungary di Sukan Olimpik

Hungary mula-mula menyertai Sukan Olimpik pada temasya sulung 1896, dan telah menghantar atlet untuk bertanding dalam kebanyakan Sukan Olimpik Musim Panas dan setiap Sukan Olimpik Musim Sejuk sejak itu. Negara itu tidak dijemput ke Sukan 1920 kerana peranannya dalam Perang Dunia I, dan merupakan sebahagian daripada Boikot Olimpik Musim Panas 1984 yang diketuai Soviet.Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan untuk Hungary ialah Jawatankuasa Olimpik Hungary, dan telah diwujudkan dan diiktiraf pada tahun 1895.